kisah kami
Search This Blog
Wednesday, December 30, 2009
311209 tarikh yang paling penting buat kami
7.40pg, kami pun bertolak ke sekolah, ala dekat jer, SRK Jalan Datuk Palembang jer, beberapa minit dah sampai, kami terus ke dewan, dan mengambil tempat yang disediakan, hai banyak kenangan aku di sekolah ni, Ucapan guru besar melewatkan waktu, bebel punya bebel dah selesai, gi daftar kat class pula, Ana pula di bawa pusing-pusing oleh guru bertugas. tengok -tengok jam dah pukul 10.35 pg. Aku tengok Ana besar juga orang nya kawan-kawan sekelasnya kecil2 jer, mana tak besar saiz kaki pun 11/ 33, Aku nagn Abg pun kaki kecil jer.
11.00pg. pop pap dah nak balik jap jer rasa, time tu aku dapat jumpa guru lama aku dah naik pangkat dah jadi guru GPK1 lagi, time aku dulu guru mate jer. bagus 2 ada semangat juang majukan anak bangsa.
Ana start sekolah 040110, mmmm tarikh ni aku mesti sibuk....tunggu
lepas sampai jer kat rumah Angah lak telpon dah ok katanya tengok gambar katFB ok jer boleh makan lagi maknanya ok le, buat angah moga cepat sembuh SELAMAT TAHUN BARU, AZAM BARU,.................SELAMAT DATANG TAHUN 2010
Friday, December 25, 2009
191209 majlis perkahwinan Nisa & Alwi
walaupun katering bikin hal pada majlis tu, tapi kami tetap bersemangat membantu meraikan majlis tu, Ada ke patut pukul 12 tgh, baru mereka datang terhegeh-hegeh, dengan dugaan hujan lagi, Tapi bapa dan ibu penganti tetap senyum lebar.
Aku satu family berkampung jap kat rumah pak teh,mmmm nak meramaikan majlis dan yang paling best sekali akhir sekali kami dapat menunaikan hajat terbesar bapa pengantin dengan main siram-siram, terlopong orang KL tengok gelagat kami main siram-siram, kalau nak tahu seronok ke tak cari jodoh orang melaka pasti ada adat main siram-siram nie.
kenangan tahun 2009
Lagi beberapa hari lagi kita semua nak melangkah tahun 2010, kenangan 2009 masih segar di ingatan, tahun ni Aku banyak kenangan manis pahit, kalau nak di terjemahkan tak terkira nanti kita kenang kembali bila ter kenang kisah lama. Terasa umur semakin meningkat. belum tua tapi melangkah demi langkah kita mesti kehadapan, anak-anak semakin bertambah, keluarga semakin membesar, Kita ada lima hari lagi berfikir apa yang patut kita lakukan untuk Azam tahun baru nanti
Tuesday, December 8, 2009
dah selesai majlis rumah maklang........
Lepasnie rumah pak teh pula kat Cheras, KL , lagi dua minggu, nak main siram-siram. dah Gian hehehe, best bila berkumpul ramai- ramai terkenang pada waktu bawah umur dulu-dulu, masa kecil-kecil dulu.
Wednesday, December 2, 2009
sementara menunggu tarikh 061209
dah selesai.........
Tuesday, December 1, 2009
bulan yang best sekali
hari nie ada projek baik punya
Monday, November 30, 2009
kami ke kuantan, Pahang
kami selamat sampai jam 5 pagi, hataran pengantin tonggang langgang, tapi rasanya hantaran dari melaka yang cun giler........ kami tak tidur dengan gelak tawa Awe cu lin, mak pengantin , usik mengusik semua sepupu ku, hilang penat kami, setelah lihat homestay yang di sediakan buat kami cukup selesa.
kami rehat sehingga jam 9, dan start bersiap-siap, coz Abang Hairul nikah jam 11. pg. tema orang sebelah hitam putih, kalau kena bagi komen jawapan nya bolehlah hehehehe. Adalah macam berkabung(jahatnya mulut aku). Yang tak bestnya kami tak dapat makan lauk pengantin, kalau luar melaka mesti tak dapat makan lauk pengantin, tak pe lah asalkan Abang selamat diijabkabulkan. Nasib baik Angah kahwin ngan orang melaka ada special sikit, Orang melaka nie tak kedekut bab makan, bab cakap jer yang kasar sikit, yang tahan,tahan le yang tak boleh jalan..........................
Wednesday, November 25, 2009
Persediaan nak menyambut Aidiladha
Raya nie memang tak sabar-sabar nak tunggu. Sebab tinggal dua hari lagi Abang sepupu kami nak menamatkan zaman bujangnya, bertambah lagi bilangan keluarga besar kami........Yang paling best raya nie aku dat berlajar buat ketupat .... dah 7 tahun aku kahwin anak dah besar tapi tak tahu mengayam ketupat, tarikh hari nie memang keramat. 25/11/2009....Ketupat bawang dan ketupat satey. Bilalah Angah nak balik........tolong buat ketupat...........................................
Tuesday, November 24, 2009
AHhhhhhh lega sikit
Monday, November 9, 2009
mama birthday....
Tunggu Ana pulang dari sekolah, baru pergi, semua tak balik. Sambut kat luar jer..... makan apa yang best yer.
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 26, 2009
hari yang penat giler
Sunday, October 25, 2009
Abang Sepupu ku dah nak kahwin
Masa tinggal sebulan seminggu lagi. lantak anak dia yang nak kahwin bukannya adik aku.......tak boleh la nak pikir macam tu sebab Abang Hairul tu dah macam abang aku, kami nie lagi kecil sama-sama tak pernah berpisah, kami sama umur bulan jer lebih kat dia dulu. aku lak dah ada dua anak baru dia nak kahwin.
Dia nie sekarang dah jadi tauke, sama macam aku hehehehe, cuma aku suka yang ganas sikit, dia suka yang lebih kepada industri makanan. Dia memang giler kerja. Aku harap dia akan berjaya satu hari nanti
Kamera dah rosak
Wednesday, October 14, 2009
raya lagi......sambung raya lagi.....
hari aku ngan mak gi pilih cat. boleh tahan lah cat dulu baru leh komen. Tema "Coklat Cream", boleh tahan lah. lelaki kkan yang sedang aje..
Tuesday, October 6, 2009
bulan raya masih ada....raya-raya,
Monday, September 28, 2009
seminggu syawal berlalu
Kami tahun nie bertemakan warna oren coklat, cun juga walaupun simple...... Raya tahun ni pergi seremban jer rumah makcik. lepas tu dok kat rumah jer, tak gi mana-mana pun arrgg boring gak..... lagi 2 hari lagi mak dah start niaga, aku pun raya setakat nie jer....... tapi anak aku bulan nie lah diaorang pakai baju baru, hari-hari baju raya, almari pun tak muat.....aku pun tak sangka bergitu banyak..
semalam aku gi temankan nenek aku jalan raya rumah saudara yang tua-tua tu, best juga dapat juga aku kenal ngan diaorang, entah tahun depan dapat jumpa ke tidak semua nya dah tua, kadang-kadang anak-anak diaorang mana ada kenal saudara,walaupun masih dekat/rapat, aku rasa kalau ada kenduri kendara tak de leh saudara-saudara yang datang. dah tak seronok lagi.......... pesanan cari-cari lah saudara yang jauh, dekat-dekatkanlah ikatan siraturrahim
Selamat Hari Raya.....
Friday, September 18, 2009
syawal bakal menjelma
Tahun nie kuih raya aku tak banyak, ala kadar jer..... kuih tat,samprit dan adalah dua tiga jenis lagi. Tema tahun nie tunggu..... nanti aku post banyak gambar. lagi tak raya semua mana ada yang cukup..... hehehhehe. selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin..
Monday, August 31, 2009
merdeka.merdeka.merdeka
Tapi sebabkan musim H1N1 Anak aku tak dapat jalan-jalan pada tempat awam untuk mengelakan gejala yang menular.
Pada hari nie, kami kekurangan gula pasir macammana nak niaga kalau tak de gula. Angah call tunang dia suruh belikan gula pasir, time tu tunang dia ada kat jaya jusco, aku pun tak terpikir dia tumpang bayar kat pelanggan jaya jusco tu, slamber, jer dia tompang bayar pada semua pelanggan yang ada kat kauter tu. dalam angah sampai kat jusco dia berjaya mendapat 41 kilo. Gelak kami....... sekeluarga. muka serius tapi slumber lak tu..
Pada hari ni aku niaga tak le best sangat kuih ada lagi , mungkin pelangan aku nie gi shopping.... tak makan ke? apalagi amal jariah lagi mak aku kat surau, mana le kuih boleh simpan esok........macam nie le dugaan orang niaga, kadang ok kadang tak, apa2 pun aku bersyukur dengan rezeki pada malam nie.
Saturday, August 22, 2009
selamat berpuasa....
Monday, August 17, 2009
Kenduri dah lepas, Ramadan dah nak tiba...
- Nasi Putih
- Ayam masak lemak cilipadi
- Daging Black Paper
- Sulur Keladi masak sambal udang
- Goreng sayur campur
- Ikan goreng
- sayur turi masak lemak putih
- kuih talam, kuih tart nenas, dan tartlet buah.(aku bikin sendiri)
First sekali aku nak cakap yang aku berjaya buat tartlet nie. Semua orang cakap best. terima kasih Mak Lang blog, nanti aku pasti try biskut yang lain. PADA SESIAPA YANG NAK TEMPAH BOLEH CALL DI HP nie 0176533394, ely. Area melaka jer
Tepat jam 1200, kami panggil bekas ustaz aku sekolah rendah untuk bacakan doa, dah kurus aku tengok dia, Panjang umurnya dia baru lepas masukkan belon pada jantung sebab tersumbat, alhamdulillah dia sihat sekarang, semua pekerja aku di minta cuti supaya boleh joing kenduri tu. Aku ingatkan lauk tak habis, tapi sampai petang rupanya habis juga lauk pauk yang banyak tu...
Petang tu kami janji nak pergi tempah mak andam untuk Anak maklang, Kami semua pergi sampai ke tangga batu untuk cari mak andam tuu..... Nya.. @ Maknyah, rupanya, pakaian boleh tahan tapi solekan nya yang grand, mak su minta ERRA tu solekkan anak maklang. harap-harap dapat le sebab diani glamour sikit. Sampai hujan lebat giler pun tak perasan tengok dia punya baju-baju yang ada kat butik tu. Bakal adik ipar aku pun ikut untuk tengok baju yang nak di pakai sewaktu bertandang kat rumah aku nanti. Habis magrib baru kami balik sebab hujan kuat sangat. Nina bawa kereta pun slow jer.......
Malam tu, mak dan busu bawa maklang gi jumpa gagak @ Pakcik hassan untuk tempahan nasi beriani pada majlis tu, Pakcik ni kalau bab masak nasi beriani yang paling sedap semelaka. kalau tak caya cari dia kat masjid tengkera, sebab ruamah dia belakang masjid jer... aku guarantee pasti enaknya. takkan nyesal punya....
Hari nie le aku penat sikit, pagi-pagi lagi aku dah gi hantar acik kat Poli, balik jer rumah apalagi kemas rumah bermula. Aku ngan mak jer yang kemas barang kenduri semalam. Petang tadi aku gi tempah kuih keras dan kuih belanda kat nenek busu bukit duyung. untuk raya....puasa blum lagi dah nak raya. Kali nie aku dah cakap ngan Abg nak beli baju awal-awal sikit kan nie musim H1n1 macam mana nak beli time bulan ramadan, sesak bahaya nak bawa budak kecil time tu.....jadi mungkin minggu ni anak-anak ku dah ada baju raya.....
Lagi 4 hari, bulan Ramadan akan tiba, bulan ni lah yang paling memenatkan, mama niaga full day kecuali hari Rabu dan Ahad jer... Aku dan mama kan niaga kuih basah unntuk berbuka puasa. Kalau nak rasa Popia Basah paling enak carilah kami, Kami niaga d pasar malam bukit baru, ujung pasir, ayer molek, telok mas(kilang) dan Taman bukit katil. Macam-macam ada singgah le membeli belah... Waktu siang aku niaga dan malam terawih, bilalah ada masa nak beli baju raya.Tema kami tahun nie oren, supaya tahun hadapan kami leh pakai buat angah kahwin. manalah aku nak cari baju sedondon nie. ........Selaloonya aku tempah, tukang jahit buat hal lak.... tiba-tiba nak tukar bidang nak niaga pasar lak...... Aduh pening kepala ku...
.
Saturday, August 8, 2009
sebelum gi majlis tu
Majlis Perkahwinan di rumah Mak Ngah...
Wednesday, August 5, 2009
Awas penyakit H1N1,
Kepada sesiapa je yang ada symptoms di bawah ni cepat-cepat ke GH.
- Fever
- Cough
- Runny nose
- Sore Throat
- Vomit & Diarrhea
Belilah penutup mulut tu apabila anda dan anak anda keluar dari rumah........
Thursday, July 30, 2009
minggu yang memenatkan.....
Wednesday, July 29, 2009
Aca & Ana demam lagi......
Perkataan yang sering di sebut Aca...
1. Papa....., itu yang paling jelas sekali, kalau abang balik, Aca lah orang yang pertama sambut Abg pulang...tersenyum laki aku...
2. Mama..., itu dah pasti, apa saja yang nak di ambil itu perkataan yang dipanggilnya
3. wan itu panggilan untuk ibuku, tapi bunyinya bukan wan tapi waa...
4. Ode tu pulak panggilan adik perempuan ku, tapi bunyinya Oooo je de nya tak bunyi.
5. Kakak....
6. Nek....
7. Air...
dah pulang dari klinik baru lega sikit hati aku, tak fikir yang buruk-buruk/negative.
Sunday, July 26, 2009
sana kenduri kahwin sini kenduri kahwin.....
Mulai dari hari ni aku ada 6 hari buat fikir nak kasi hadiah apa buat Abg. birthday laki aku dah sampai....hua...hua ... duit lom cukup nak beli hadiah......Dia kata nak jam tangan baru nanti aku fikirkan ye Abg......
Tentang puasa lak, baju raya tahun ni tak de orang nak jahit , Aku kena beli baju baru yang dah siap jahit, tkg jahit aku mogok tak mahu jahit baju.... Kak ooooo Kak apasal tak nak jahit baju!!!!!! Kenalah cari butik yang ada baju sedondon.... tahun ni nak colour
Tuesday, July 14, 2009
Alhamdulillah Aca dah sihat.....
Aku rasa senang hati bila lihat Aca dah mau makan ,bermain ,ketawa. Lapan hari dia sakit, kena sakit kuku,kaki,tangan, dan mulut tapi tak teruk sampai kena tahan hospital,tapi 3 hari tak boleh makan kesian Aca, minum pun paksa, 4 hari aku tak tidur, macam nak pengsan, mungkin dugaan.....
Haa hari ni Aca dah boleh bergurau, makan ayam lagi, kalau tidak buka mulut pun tak mahu. Hati aku lega sangat. Badan dia turun dah tak de drumstick lagi, pipi pun turun, Aca dah OKlah....
Sunday, June 14, 2009
Aku dah pulang!
ni Aca
ni papa n Ana
kat LCCT
04/06/09 Khamis
Aku sampai ke Surabaya, Jawa Timur.Aku naik flight jam 10.30pg, Air Asia, 2 jam je dah sampai Lapangan Terbang Juanda,Surabaya. dari Airport aku terus ambil teksi balik kampung halaman suami ku iaitu Bandar Kediri, Kota Gudang Garam tu..Petang kami sampai la kami kat kampung.Anak-anak ku seronoknya jumpa neneknya. Malam tu kami istirehat dulu, sebelum ke majlis Perkahwinan anak Pak li. Walaupun pada malam tu ada Rewang tapi aku tak joing penatttt.... Esoknya....
05/06/09 Jumaat
ni pelaminnya
Pagi-pagi aku dah bangun, yang best kat sini, cuaca waktu pagi masih ada embun dan kabus pagi kat rumah aku dah tak de dah... Aku nyuci baju, sebab lepas ni nak gi orang kahwin, pergi pasarlah, kat sini semua makcik2 semuanya ngomong jawa. jadi aku kena bawa tukang trangselit sapa lagi kalau bukan suami aku. Semua murah! Kalau bawa 20000 pun dapat macam2. Cuma kat sini tak de ikan laut. Tak bleh aku masak asam. Balik dari pasar aku masak yang ringkas je untuk anak2 dara aku yang comel nanti kebulur pulak!. Sebab majlis kahwin tu jam 2.00 petang.
ni pengantinnya lutfiana
sewaktu tunggu untuk nikah
06/06/09 Sabtu
Monday, June 1, 2009
Cuti Sekolah......Holidayy..Jalan-jalan Cari Makan
Mungkin petang nie gi beli tiket, harap-harap naik MAS le naik Air Asia tak best la.... aku gembira le dapat jalan-jalan tapi seminggu je mesti tak sempat nak shooping kat Surabaya n Jakarta. Abang suka buat keputusan macam nie Abang.............aku tahu Abang rindu kat mak nya Ok aku ikut jer.....
Kali ni aku aku balik 4 orang je, mama tak ikut. Dia kata angah nak kahwin nak simpan duit. Aku tak tahu nak bawa apa. Ole-ole buat ibu mertuaku dari menantu mithali nie. Aku tak risau sangat baby Aca dah jalan ok le tak penat sangat. Ana le paling gembira sekali kalau sebut jer Balik Kampung Ooooo....
Aku blum packing lagi...hahahaha....wawawwawa.....
Monday, May 18, 2009
dapat juga resepi nie....
Kek Marble
Bahan-bahan
- 5 bj telur (Gred B) kalau kecil 6 bj
- 2 cawan tepung gandum
- 2 tsp esen vanila
- 2 tsp Ros/Tak kisah
- 2 sudu besar susu pekat manis.
- 1 1/2 planta
- 11/2 gula halus.
Cara-caranya
Gula dan planta dipukulsehingga kembang, Masukkan telur satu persatu, Masukan esen, dan susu pekat,dan masukan tepung yang telah diayak. dan bakar didalam oven.
Aku akan cuba mungkin untuk beri pada guru Ana,sempena hari guru hari Jumaat nie, kena beli hadiah lagi. Malam ni aku nak ajak Abang gi tengok-tengok mana yang sesuai untuk bagi kat cikgu-cikgu Ana.
Selamat Hari Guru!!!
Ucapan ni buat semua guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika sehingga sekolah menengah, moga-moga semua guru yang pernah mengajar aku dulu dah naik pangkat, murah rezeki dan pada yang dah pencen tu harap-harap dapat mengisi masa lapang dengan family tersayang. Segala ilmu yang cikgu pernah ajar kepada kami akan kami semat didada. dan semua guru yang mengajar anak aku terima kasih aku ucapkan. TERIMA KASIH!!!!!!
Thursday, May 14, 2009
Hari yang Indah....bersama Briged Cilik
Ni lah Ana dan gang tarian Indianya......
Ni pasangan tarian Ana, tersenyum kambing, bila dapat angkat foto ngan anak aku.....
Dan malam nie aku tak dapat nak ikut anak aku gi majlis tariannya di Wisma Negeri. kesian kat Ana, Mama say sorry k. Ana balik masam je sebab aku tak gi. Tapi yang aku bangga tarian itu berakhir dengan sorakan yang meriah dari YAB Dato Ali, tu KM Melaka. Tarian india ni memang best, wajah yang slumber, kanak yang kecil tak ada perasan takut dengan bangganya menari, anak-anak ini dari Kampung aku...... Mama bangga dengan kamu semua... Sayang kat you'll. Khabar yang terbaik untuk penutup hari ini, malam ni......
Monday, May 11, 2009
senyum dapat CR....
Present hari ibu membuatkan mama aku tersenyum sampai pagi dapat bag CR dari anak-anak tersayang. Angah lak bagi kasut kat mama dia kata" Surga tu kan bawa tapak kaki Ibu" Kasut tu sama dengan kasut yang mama bagi kat Awe. Baik colour lain.... Kalau tak sehati sejiwa le....
Yang paling exited anak Aku le .... Ana nak tengok hadiah. Best lah hari tu dah lama tak kumpul camtu...mak tetap happy...
Sunday, May 10, 2009
Happy mother's day untuk semua..........
nilah mama yang giler glamor kat family aku
Semalam kami sempat planning hadiah Awe. Kami bagi Awe hadiah, dia tersenyum senang je ambil hati orang tua... Mama dapat hadiah dari kami, kasut and CR begdari kami berempat. Maklang dapat beg dari anak-anaknya dan busu lak dapat baju dari anaknya.
Sampai petang aku dok kat rumah mak lang sampai petang.... baru aku balik. Gelak tawa kami memeriahkan rumah maklang, kalau dah jumpa maklang mesti ketawa sebab maklang ni jenis slow sikit cth. kalau kita dah habis ketawa 1 minit yang lepas baru dia ketawa. tapi aku rasa tanpa usikkan untuk maklang pasti majlis tu sugul.
Sementara menunggu majlis, semua mama aku ni sempat ke SSF Home Decor, shopping sakan mama kita nie, bawa balik bunga tengok barang hantaran, mentang-mentang anak masing2 nak kawin. HUHUHU meraka tak bawa aku....
Aku pun sambut hari ibu, aku dapat hadiah istimewa dari dua puteriku, Ana bagi aku kad bunga tulip, banggalah anak mama dah pandai buat kad.Yang Aca, pula bagi hadiah yang paling berharga iaitu dah berjalan sekeliling rumah hahaha suka aku tengok dia jalan terkedek- kedek macam anak ketam senget jer....... sampai tak ingat tidur. Merayau je... cepat sikit dari kakaknya.
Aku penat tapi happy sesangat. Terima Kasih Ya Allah kau jadi kan aku ibu yang paling bahagia di Dunia ini.
A Women has strengths that amaze men. She can handle trouble & carry heavy burdens. She hold happiness, love and opinions. She smiles when she feel like screaming. She sings when she feels like crying, crieswhen she happy & laughs when she's afraid. Her love is unconditional! There only one thingwrong with her, she sometimes forgets what she worth.....
pass this on to every beautiful woman you know, I just did
Friday, May 8, 2009
Family Program lagi.......
dalam majlis tu kami dikehendaki bawa makanan yang special yang dimasak sendiri oleh kami, tak boleh beli.... entah apa yang sepupu aku masak harap-harap tak sama. sebab resepi nya pun secrete le .Aku rasa nak masak yang simple iaitu Sup Tulang dan Ayam tonggeng ala Nenek. Air aku nak bawa rebina longan. best gak atau cendol ala nyonya. Hehehe mesti best kami planning makan Nasi putih tu sebabnya kami di suruh masak. Ala sambut pun tengah hari..
Aku saja je nak buat kat rumah maklang supaya aku tak penat nak kemas rumah sebab tu kan sunday, public holiday katakan. Aku sorang je dari sepupu ku yang dah kawin sebab gatal sikit heheheeh party lagi, bestlah macammana aku nak diet ni dah semakin tembam da.....
Harap family party nie the best in my kampung......
Thursday, May 7, 2009
Angah.... apa masalah kau!!
Ngah aku kat kampung doa kan kau yang baik je.... aku nak tahu sebenar.. sapa yang akan cerita kat aku.... Kadang- kadang dugaan orang yang nak kawin ni memang mencabar kau ingat kan ngah masih aku nak kawin dulu dugaan yang timpa aku, mak dan family kita. Tapi orang kata kalau mula-mula dugaan dah datang, pasti kemudian tak de masalah.
Alah risau nya aku apa masalah Angah tu..........Banyak bertawakal dan ingat pada yang berkuasa dia tahu jalan keluarnya.....
Wednesday, May 6, 2009
Pergi SSF, best giler!!
- Home Decor
- Kitchenware
- Artifical Flower
- Wedding Gifts & Decor