kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Monday, August 31, 2009

merdeka.merdeka.merdeka

Kalau time merdeka tiba, lagu yang paling famous sekali ''tanggal 31 OgOs'' kalau berkumandang Ana N Aca pasti dengan bangga menyanyikan lagu tu.
Tapi sebabkan musim H1N1 Anak aku tak dapat jalan-jalan pada tempat awam untuk mengelakan gejala yang menular.
Pada hari nie, kami kekurangan gula pasir macammana nak niaga kalau tak de gula. Angah call tunang dia suruh belikan gula pasir, time tu tunang dia ada kat jaya jusco, aku pun tak terpikir dia tumpang bayar kat pelanggan jaya jusco tu, slamber, jer dia tompang bayar pada semua pelanggan yang ada kat kauter tu. dalam angah sampai kat jusco dia berjaya mendapat 41 kilo. Gelak kami....... sekeluarga. muka serius tapi slumber lak tu..
Pada hari ni aku niaga tak le best sangat kuih ada lagi , mungkin pelangan aku nie gi shopping.... tak makan ke? apalagi amal jariah lagi mak aku kat surau, mana le kuih boleh simpan esok........macam nie le dugaan orang niaga, kadang ok kadang tak, apa2 pun aku bersyukur dengan rezeki pada malam nie.

Saturday, August 22, 2009

selamat berpuasa....

Hari nie hari pertama aku berpuasa, pada bulan ni jadualku padat, niaga penuh, tadi ewana habiskan ibadat puasa pada hari pertama pada tahun 2009 nie aku harap ana dapat tamatkan puasanya sehingga hari yang ke-30 hari.

Monday, August 17, 2009

Kenduri dah lepas, Ramadan dah nak tiba...


Kenduri dulu, hari ahad rumah aku kenduri tu memang rutin tahunan di rumah ku, kenduri arwah dan kenduri sambut bulan puasa. Kali nie aku buat makan tengah hari, semua makcik ku datang memasak termasuk nenek aku. Kenduri kali nie menu kami adalah:


  • Nasi Putih
  • Ayam masak lemak cilipadi
  • Daging Black Paper
  • Sulur Keladi masak sambal udang
  • Goreng sayur campur
  • Ikan goreng
  • sayur turi masak lemak putih
  • kuih talam, kuih tart nenas, dan tartlet buah.(aku bikin sendiri)

First sekali aku nak cakap yang aku berjaya buat tartlet nie. Semua orang cakap best. terima kasih Mak Lang blog, nanti aku pasti try biskut yang lain. PADA SESIAPA YANG NAK TEMPAH BOLEH CALL DI HP nie 0176533394, ely. Area melaka jer
Tepat jam 1200, kami panggil bekas ustaz aku sekolah rendah untuk bacakan doa, dah kurus aku tengok dia, Panjang umurnya dia baru lepas masukkan belon pada jantung sebab tersumbat, alhamdulillah dia sihat sekarang, semua pekerja aku di minta cuti supaya boleh joing kenduri tu. Aku ingatkan lauk tak habis, tapi sampai petang rupanya habis juga lauk pauk yang banyak tu...


Petang tu kami janji nak pergi tempah mak andam untuk Anak maklang, Kami semua pergi sampai ke tangga batu untuk cari mak andam tuu..... Nya.. @ Maknyah, rupanya, pakaian boleh tahan tapi solekan nya yang grand, mak su minta ERRA tu solekkan anak maklang. harap-harap dapat le sebab diani glamour sikit. Sampai hujan lebat giler pun tak perasan tengok dia punya baju-baju yang ada kat butik tu. Bakal adik ipar aku pun ikut untuk tengok baju yang nak di pakai sewaktu bertandang kat rumah aku nanti. Habis magrib baru kami balik sebab hujan kuat sangat. Nina bawa kereta pun slow jer.......


Malam tu, mak dan busu bawa maklang gi jumpa gagak @ Pakcik hassan untuk tempahan nasi beriani pada majlis tu, Pakcik ni kalau bab masak nasi beriani yang paling sedap semelaka. kalau tak caya cari dia kat masjid tengkera, sebab ruamah dia belakang masjid jer... aku guarantee pasti enaknya. takkan nyesal punya....

Hari nie le aku penat sikit, pagi-pagi lagi aku dah gi hantar acik kat Poli, balik jer rumah apalagi kemas rumah bermula. Aku ngan mak jer yang kemas barang kenduri semalam. Petang tadi aku gi tempah kuih keras dan kuih belanda kat nenek busu bukit duyung. untuk raya....puasa blum lagi dah nak raya. Kali nie aku dah cakap ngan Abg nak beli baju awal-awal sikit kan nie musim H1n1 macam mana nak beli time bulan ramadan, sesak bahaya nak bawa budak kecil time tu.....jadi mungkin minggu ni anak-anak ku dah ada baju raya.....

Lagi 4 hari, bulan Ramadan akan tiba, bulan ni lah yang paling memenatkan, mama niaga full day kecuali hari Rabu dan Ahad jer... Aku dan mama kan niaga kuih basah unntuk berbuka puasa. Kalau nak rasa Popia Basah paling enak carilah kami, Kami niaga d pasar malam bukit baru, ujung pasir, ayer molek, telok mas(kilang) dan Taman bukit katil. Macam-macam ada singgah le membeli belah... Waktu siang aku niaga dan malam terawih, bilalah ada masa nak beli baju raya.Tema kami tahun nie oren, supaya tahun hadapan kami leh pakai buat angah kahwin. manalah aku nak cari baju sedondon nie. ........Selaloonya aku tempah, tukang jahit buat hal lak.... tiba-tiba nak tukar bidang nak niaga pasar lak...... Aduh pening kepala ku...



.

Saturday, August 8, 2009

sebelum gi majlis tu










nie tengah try baju baru, malam tu kami pakai serba unggu.

nie Aca

nie Ana

sebelum pergi sempat lagi main komputer

malam nie seragam kami anak beranak,

Majlis Perkahwinan di rumah Mak Ngah...










Sepupu aku kahwin juga, dia muda lagi baru berumur 22thn study kat University Al-Azhar, Kaherah Mesir. Study dia belum habis lagi, tapi suami dia nak juga kahwin supaya kat sana boleh jaga Farhana kat sana, kan mesir tu jauh, jadi mak ngah aku pun terima lah supaya anak dia ada orang jaga. Farhana pun kata ok, Diaorang nie bukan macam kita biasa jer, tapi bertutup litup. Makngah aku nie jaga Madrasah kat batu berendam jadi Majlis nie kena lah buat di Madrasah, Perempuan dan lelaki diasingkan.





Walaupun macam tu tapi bersanding(permintaan nenek), macam kita-kita ni dan main siram-siram lagi..... Walaupun aku tak join siram-siram tu aku dah tahu mesti best gila sebab mak cik aku semuanya giler punya kepala sampai pak ngah aku yang pakai serban tu disiram.... aku lak tak dapat join sebab baju tak bawa. alah kena lah tunggu abang kahwin baru boleh main siram, kalu orang melaka perkara nie wajib kalau tak, pasti majlis tu tak meriah......










semoga kau bahagia disamping suami yang di cintai yer....... dari aku n family aku..

Wednesday, August 5, 2009

Awas penyakit H1N1,

Sekarang ni aku tak boleh bagi Ana &Aca sering bermain kat luar. H1N1 alahai risau juga di buatnya warga melaka dah 3 orang, bebudak lak tu.. semua budak sekolah dah pakai tutup mulut gi sekolah sekarang nie, risau juga. kena pastikan diorang bersih dari segala-nya.
Kepada sesiapa je yang ada symptoms di bawah ni cepat-cepat ke GH.

  • Fever
  • Cough
  • Runny nose
  • Sore Throat
  • Vomit & Diarrhea

Belilah penutup mulut tu apabila anda dan anak anda keluar dari rumah........