kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Monday, May 18, 2009

dapat juga resepi nie....

Dah 2 minggu aku tunggu makcik yang buat kek kat pasar tu. Dia baru datang semalam, resepinya simple aku pasti akan cuba nie aku kongsi pada sapa-sapa je yang nak cuba tapi memang best.

Kek Marble

Bahan-bahan

  • 5 bj telur (Gred B) kalau kecil 6 bj
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tsp esen vanila
  • 2 tsp Ros/Tak kisah
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 1/2 planta
  • 11/2 gula halus.

Cara-caranya

Gula dan planta dipukulsehingga kembang, Masukkan telur satu persatu, Masukan esen, dan susu pekat,dan masukan tepung yang telah diayak. dan bakar didalam oven.

Aku akan cuba mungkin untuk beri pada guru Ana,sempena hari guru hari Jumaat nie, kena beli hadiah lagi. Malam ni aku nak ajak Abang gi tengok-tengok mana yang sesuai untuk bagi kat cikgu-cikgu Ana.

Selamat Hari Guru!!!

Ucapan ni buat semua guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika sehingga sekolah menengah, moga-moga semua guru yang pernah mengajar aku dulu dah naik pangkat, murah rezeki dan pada yang dah pencen tu harap-harap dapat mengisi masa lapang dengan family tersayang. Segala ilmu yang cikgu pernah ajar kepada kami akan kami semat didada. dan semua guru yang mengajar anak aku terima kasih aku ucapkan. TERIMA KASIH!!!!!!

Thursday, May 14, 2009

Hari yang Indah....bersama Briged Cilik




ni pula kawan-kawan tarian Ana(Tarian Melayu)


Ni lah Ana dan gang tarian Indianya......

Hari ni aku paling tak suka, tentulah Hari Khamis, hari ni membuat kan aku penat, niaga-niaga. kalau tak ada pelanggan lagilah bertambah penat. Hari pasar malam lengang, kosong rupanya ada ceramah dari Dr. Siti NorBayyah. Baik hari ni niaga kalau tak pasti aku tak lepaskan peluang untuk tengok ceramahnya...Dia lah idola wanita masa kini yang aku paling suka, selapas Dr. Masyitah. Hari ni niaga aku kerang sikit, mungkin pelangan aku gi tengok ceramah tu. Jam 9.45 baru aku pulang......
Tadi di pasar malam aku sempat nonton tv abang kedai kat tempat aku niaga tu, apalagi game hoki Malaysia lawan pakistan.Walaupun angah tak main games tu tapi semangat nak sokong malaysia tu berkobar-kobar....walaupun akhirnya kalah 2-4, Sabar ye pemain2 malaysia usaha untuk dpt ranking ke -3 ok, usaha..... Malaysia boleh!!!!!

Ni pasangan tarian Ana, tersenyum kambing, bila dapat angkat foto ngan anak aku.....


Dan malam nie aku tak dapat nak ikut anak aku gi majlis tariannya di Wisma Negeri. kesian kat Ana, Mama say sorry k. Ana balik masam je sebab aku tak gi. Tapi yang aku bangga tarian itu berakhir dengan sorakan yang meriah dari YAB Dato Ali, tu KM Melaka. Tarian india ni memang best, wajah yang slumber, kanak yang kecil tak ada perasan takut dengan bangganya menari, anak-anak ini dari Kampung aku...... Mama bangga dengan kamu semua... Sayang kat you'll. Khabar yang terbaik untuk penutup hari ini, malam ni......

Monday, May 11, 2009

senyum dapat CR....

tengok tu tersengih



Present hari ibu membuatkan mama aku tersenyum sampai pagi dapat bag CR dari anak-anak tersayang. Angah lak bagi kasut kat mama dia kata" Surga tu kan bawa tapak kaki Ibu" Kasut tu sama dengan kasut yang mama bagi kat Awe. Baik colour lain.... Kalau tak sehati sejiwa le....




Yang paling exited anak Aku le .... Ana nak tengok hadiah. Best lah hari tu dah lama tak kumpul camtu...mak tetap happy...

nie la hadiahnye.....

Sunday, May 10, 2009

Happy mother's day untuk semua..........






nilah mama yang giler glamor kat family aku




Selamat hari Ibu.......... Buat mama yang ku sayang.... kau segalanya bagiku tiada ganti, didunia dan akhirat.
Hari nie adalah hari yang paling bahagia buat kami sekeluarga, kami berkumpul beramai-ramai. best gak walaupun tak lengkap cuma ada 3 family je yang penting majlis tu berjaya. Hari ni aku masak special buat MAMA. Iaitu Ayam Golek dan Ayam Masak Lemak Padang, bersih tau.....
Semalam kami sempat planning hadiah Awe. Kami bagi Awe hadiah, dia tersenyum senang je ambil hati orang tua... Mama dapat hadiah dari kami, kasut and CR begdari kami berempat. Maklang dapat beg dari anak-anaknya dan busu lak dapat baju dari anaknya.
Sampai petang aku dok kat rumah mak lang sampai petang.... baru aku balik. Gelak tawa kami memeriahkan rumah maklang, kalau dah jumpa maklang mesti ketawa sebab maklang ni jenis slow sikit cth. kalau kita dah habis ketawa 1 minit yang lepas baru dia ketawa. tapi aku rasa tanpa usikkan untuk maklang pasti majlis tu sugul.
Sementara menunggu majlis, semua mama aku ni sempat ke SSF Home Decor, shopping sakan mama kita nie, bawa balik bunga tengok barang hantaran, mentang-mentang anak masing2 nak kawin. HUHUHU meraka tak bawa aku....
Aku pun sambut hari ibu, aku dapat hadiah istimewa dari dua puteriku, Ana bagi aku kad bunga tulip, banggalah anak mama dah pandai buat kad.Yang Aca, pula bagi hadiah yang paling berharga iaitu dah berjalan sekeliling rumah hahaha suka aku tengok dia jalan terkedek- kedek macam anak ketam senget jer....... sampai tak ingat tidur. Merayau je... cepat sikit dari kakaknya.
Aku penat tapi happy sesangat. Terima Kasih Ya Allah kau jadi kan aku ibu yang paling bahagia di Dunia ini.

A Women has strengths that amaze men. She can handle trouble & carry heavy burdens. She hold happiness, love and opinions. She smiles when she feel like screaming. She sings when she feels like crying, crieswhen she happy & laughs when she's afraid. Her love is unconditional! There only one thingwrong with her, she sometimes forgets what she worth.....
pass this on to every beautiful woman you know, I just did

"Happy Mothers day."

Friday, May 8, 2009

Family Program lagi.......

Dah dua hari kami semua bersetuju untuk celebrate Mother Day hari Ahad nie. Tak sabar-sabar nak tunggu hari Ahad. Semua sepupu aku dah setuju nak sambut Hari Ibu sama-sama. Wah... ada 6 orang ibu dalam keluarga ku termasuklah aku ibu paling muda. kami semua setuju nak sambut kat maklang's house. Hadiah lah yang paling aku tak sabar nak beli. tapi nak beli apa ye....
dalam majlis tu kami dikehendaki bawa makanan yang special yang dimasak sendiri oleh kami, tak boleh beli.... entah apa yang sepupu aku masak harap-harap tak sama. sebab resepi nya pun secrete le .Aku rasa nak masak yang simple iaitu Sup Tulang dan Ayam tonggeng ala Nenek. Air aku nak bawa rebina longan. best gak atau cendol ala nyonya. Hehehe mesti best kami planning makan Nasi putih tu sebabnya kami di suruh masak. Ala sambut pun tengah hari..
Aku saja je nak buat kat rumah maklang supaya aku tak penat nak kemas rumah sebab tu kan sunday, public holiday katakan. Aku sorang je dari sepupu ku yang dah kawin sebab gatal sikit heheheeh party lagi, bestlah macammana aku nak diet ni dah semakin tembam da.....
Harap family party nie the best in my kampung......

Thursday, May 7, 2009

Angah.... apa masalah kau!!

Aku buka blogs Nina, entah lah aku harap tak le seburuk yang aku sangka, apa masalah dia aku harap dia balik minggu ni ayat tu buat aku tanda tanya...... Aku harap dia ok, je dah tahun hadapan nak kawin jauh kan lah sebarang kesulitan ya Allah....

Ngah aku kat kampung doa kan kau yang baik je.... aku nak tahu sebenar.. sapa yang akan cerita kat aku.... Kadang- kadang dugaan orang yang nak kawin ni memang mencabar kau ingat kan ngah masih aku nak kawin dulu dugaan yang timpa aku, mak dan family kita. Tapi orang kata kalau mula-mula dugaan dah datang, pasti kemudian tak de masalah.

Alah risau nya aku apa masalah Angah tu..........Banyak bertawakal dan ingat pada yang berkuasa dia tahu jalan keluarnya.....

Wednesday, May 6, 2009

Pergi SSF, best giler!!


Tadi aku gi bandar Melaka bayar bill je. Aku nampak papan iklan SSF, alamak best nya dah ada kat bandar melaka. Kat jalan Hang Tuah, aku pusing-pusing sampai jumpa rupanya kat bawah Wisma MCA jer.. Aku apa lagi serbu...... Best lah macam-macam ada dari barang rumah sampai barang hantaran. Tema grand giler, aku time tu dengan adik aku. Kami pusing setiap ruang takut terlepas pandang jer...

Kalau bawa mama aku mesti borong bunga kat situ. Punya le cun sampai tak terucap. Harga boleh tahan la......Yang best tu aku nampak pelamin yang mawi & Ekin pakai warna meroon lagi. Aduh adik yang nak kawin kakak boleh jadi gilerrrr. Angah aku doakan impianmu terkabul.....Amin.


Product yang ada kat situ;




  1. Home Decor


  2. Kitchenware


  3. Artifical Flower


  4. Wedding Gifts & Decor
Bila...le sepupu aku ni nak kawin rasanya macam nak shopping je kat SSF tu semuanya ada tak tidur malam aku hehehehe.......... Abang-abang bila nak gi situ lagi....orang lain yang nak kawin aku yang lebih-lebih......

Monday, May 4, 2009

Penat-Penat ......


Ni dah isnin penat bukan main lagi, badan aku ni macam nak roboh. Dah lama tak ada majlis cam nie Hari tu kat rumah aku Angah tunang , sebab lelaki tak de lepanat cam nie. Yang bertunang nie sepupu ku Dila. Cantik juga sepupu aku nie. Dulu masa zaman sekolah, punya le comot je tapi sejak-sejak jadi penari briget Seni ni cun pulak aku tengok. Dulu keras macam jantan je pun leh jadi penari dah rezeki dia.
Majlis tu meriah juga, Masakan kampung tu yang enak ada masak lemak rebung daging salai, Ayam masak merah, Ikan pede goreng dan ikan sepat masin puh punya le sedap menjilat jari, bertambah le sedap makanan tu sebab mama yang masak. Tema dila Tecois silver, cun le juga hantaran tu sebab aku tolong sikit. hehehehehe...... Sementara tunggu orang sebelah datang sempat karaoke live lagi. Pandai juga kamera man(syujak) main gitar. Yang penyanyi nye adik aku boleh ada juge hiburan tak berbayar....
Gelak tawa, usik mengusik sempat juga kita orang sambut ulang tahun wan n pak tam tu orang kata sambil menyelam minum air. Orang sebelah lelaki dari Jasin tema diaorang biru putih, boleh lah cun juga. Nasi sampai tak cukup gabra jap orang kat dapur sampai apa yang di ucap kan oleh tok sidang pun tak sempat nak dengar. Yang best tu kitaorang sempat main siram-siram sikit je... bila le diaorang ni nak kawin.
Lepas nak tunggu tarikh Abang Hairol kawin. dia kata bulan 12, bagi tarikh cepat-cepat aku ni nak tempah tiket ke Tanah Seberang.... melancong MAS kan tengah offer nie. Nie dah tiba nak menimang menantu dulu. Time aku dulu, tak payah le nak rebut-rebut tarikh sebab tak de saingan. Ni Abang, Angah, Dila sape le antara 3 orang ni yang kawin dulu....... tunggu ya....