kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Monday, September 28, 2009

seminggu syawal berlalu

hari nie raya yang ke berapa pun aku tak kira,yang penting dalam bulan syawal. hari ni aku start puasa 6, ceh... saja je nak try, nikmat puasa 6, boleh ganti sekali, tahun ni rumah kami tak buat open house, malas sikit tahun nie. aku penat sikit, niaga pun ngan mak jer, letih betul......

Kami tahun nie bertemakan warna oren coklat, cun juga walaupun simple...... Raya tahun ni pergi seremban jer rumah makcik. lepas tu dok kat rumah jer, tak gi mana-mana pun arrgg boring gak..... lagi 2 hari lagi mak dah start niaga, aku pun raya setakat nie jer....... tapi anak aku bulan nie lah diaorang pakai baju baru, hari-hari baju raya, almari pun tak muat.....aku pun tak sangka bergitu banyak..

semalam aku gi temankan nenek aku jalan raya rumah saudara yang tua-tua tu, best juga dapat juga aku kenal ngan diaorang, entah tahun depan dapat jumpa ke tidak semua nya dah tua, kadang-kadang anak-anak diaorang mana ada kenal saudara,walaupun masih dekat/rapat, aku rasa kalau ada kenduri kendara tak de leh saudara-saudara yang datang. dah tak seronok lagi.......... pesanan cari-cari lah saudara yang jauh, dekat-dekatkanlah ikatan siraturrahim
Selamat Hari Raya.....

Friday, September 18, 2009

syawal bakal menjelma

Hari nie terakhir ramadan, kita bakal meninggalkan bulan yang mulia nie. Aku baru dapat sentuh lattop ni dah sebulan aku sibuk jer. Hari nie last ramadan aku rasa best sangat tahun nie, Aku dah ada 2 puteri yang dah nakal dan tak sabar -sabar nak sambut raya. dah 3 hari aku tidur satu jam jer, badan pun macam nak roboh, Raya punya pasal tak pe.... Kemas rumah dah settle, nie tengah bikin kek, kuih raya apa-apa jer yang rasa tak cukup lagi.
Tahun nie kuih raya aku tak banyak, ala kadar jer..... kuih tat,samprit dan adalah dua tiga jenis lagi. Tema tahun nie tunggu..... nanti aku post banyak gambar. lagi tak raya semua mana ada yang cukup..... hehehhehe. selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin..