Kek Marble
Bahan-bahan
- 5 bj telur (Gred B) kalau kecil 6 bj
- 2 cawan tepung gandum
- 2 tsp esen vanila
- 2 tsp Ros/Tak kisah
- 2 sudu besar susu pekat manis.
- 1 1/2 planta
- 11/2 gula halus.
Cara-caranya
Gula dan planta dipukulsehingga kembang, Masukkan telur satu persatu, Masukan esen, dan susu pekat,dan masukan tepung yang telah diayak. dan bakar didalam oven.
Aku akan cuba mungkin untuk beri pada guru Ana,sempena hari guru hari Jumaat nie, kena beli hadiah lagi. Malam ni aku nak ajak Abang gi tengok-tengok mana yang sesuai untuk bagi kat cikgu-cikgu Ana.
Selamat Hari Guru!!!
Ucapan ni buat semua guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika sehingga sekolah menengah, moga-moga semua guru yang pernah mengajar aku dulu dah naik pangkat, murah rezeki dan pada yang dah pencen tu harap-harap dapat mengisi masa lapang dengan family tersayang. Segala ilmu yang cikgu pernah ajar kepada kami akan kami semat didada. dan semua guru yang mengajar anak aku terima kasih aku ucapkan. TERIMA KASIH!!!!!!