kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Monday, May 4, 2009

Penat-Penat ......


Ni dah isnin penat bukan main lagi, badan aku ni macam nak roboh. Dah lama tak ada majlis cam nie Hari tu kat rumah aku Angah tunang , sebab lelaki tak de lepanat cam nie. Yang bertunang nie sepupu ku Dila. Cantik juga sepupu aku nie. Dulu masa zaman sekolah, punya le comot je tapi sejak-sejak jadi penari briget Seni ni cun pulak aku tengok. Dulu keras macam jantan je pun leh jadi penari dah rezeki dia.
Majlis tu meriah juga, Masakan kampung tu yang enak ada masak lemak rebung daging salai, Ayam masak merah, Ikan pede goreng dan ikan sepat masin puh punya le sedap menjilat jari, bertambah le sedap makanan tu sebab mama yang masak. Tema dila Tecois silver, cun le juga hantaran tu sebab aku tolong sikit. hehehehehe...... Sementara tunggu orang sebelah datang sempat karaoke live lagi. Pandai juga kamera man(syujak) main gitar. Yang penyanyi nye adik aku boleh ada juge hiburan tak berbayar....
Gelak tawa, usik mengusik sempat juga kita orang sambut ulang tahun wan n pak tam tu orang kata sambil menyelam minum air. Orang sebelah lelaki dari Jasin tema diaorang biru putih, boleh lah cun juga. Nasi sampai tak cukup gabra jap orang kat dapur sampai apa yang di ucap kan oleh tok sidang pun tak sempat nak dengar. Yang best tu kitaorang sempat main siram-siram sikit je... bila le diaorang ni nak kawin.
Lepas nak tunggu tarikh Abang Hairol kawin. dia kata bulan 12, bagi tarikh cepat-cepat aku ni nak tempah tiket ke Tanah Seberang.... melancong MAS kan tengah offer nie. Nie dah tiba nak menimang menantu dulu. Time aku dulu, tak payah le nak rebut-rebut tarikh sebab tak de saingan. Ni Abang, Angah, Dila sape le antara 3 orang ni yang kawin dulu....... tunggu ya....

Monday, April 27, 2009

aniversary ku hari nie


Hari nie hari yang aku tunggu2 setiap tahun Aniversary aku yang ke 7 . Kejam celik je dah tujuh tahun aku kawin ngan suami ku..... Ya Allah kau panjang kan jodoh kami dan murahkan rezeki keluarga kami Amin......

Perbezaan umur yang ketara tak pernah membuatkan aku tak sayang padanya. Aku sangat sayang kat dia. 12 tahun kematangan nya membuat kan aku bangga menjadi isterinya. Yang membuat aku tertarik padanya sifatnya yang pendiam dan jujur tu yang membuatkan aku percaya padanya untuk menjadi teman hidupku....

Dalam masa 7 thn ni aku dpt memiliki 2 cahaya mata @ puteri 2 yang cun melecun sebab mix jawa + melayu minang. Itulah bukti aku sayang kat dia. Nie aku tengah tunggu suprise dia untuk aku. Aku tahu dia memang bukan yang romantik, Aku lak jenis tak kisah asalkan dia sayang kat aku...

Wish dah tapi apa lagi ni dah jam 9 lebih ....... Alah apa2 je yang leh buat kenangan buat tahun ni
Aku keluar jam 10 mlm, nak makan ape mlm2, pergi mkn ikan bakar.... kat muara best gak tapi malam la makan sikit le nanti tambah tembam le.....

Saturday, April 18, 2009

Puteri-puteriku

Umur
Perbezaan umur yang menyebabkan mereka sering berkelahi, berebut dan sampai nangis, aku sampai pening kepala. Tetapi kalau kedua-duanya tidur senyap sunyi rumahku. Barang mainan seorang tukang kemas dan seorang lagi tukang kembur. Bilik tidur macam tongkang pecah.Yang kakak seorang yang sabar juga dengan karenah adiknya. Tapi bab cemburu mesti ada biasalah ...


Kakak


Ana nama panggilan dia seorang yang manja, suka memberontak, kuat cemburu dan suka mencuba perkara yang baru. Ana sangat manja ngan papanya. Mestilah anak yang sulong....... Ana ni study kat Kinergarden Sin Hoe Kat bukit Baru, dari umur 4 thn aku dah hantar dia kat sana..... oklah sekarang dah pandai cakap cina, terjemah apa yang cikgu dia ajar kat dia. Aku tanya kat ana nak sekolah mana tahun hadapan dia kata nak sek cina, nanti aku pikirkan......



Kat situ, ana belajar macam-macam, ada tarian, ana minat seni, suka menari, dia pernah buat persembahan kat majlis DMDI, baru lah aku tahu walaupun dia seorang pemalu, tapi dia ingin mencuba benda baru. Aku sayang kat dia mama selalu marah kat aku sebab tegas sangat kat dia, aku rasa anak sekarang kena tegas sikit kalau tak nanti tak hormat pd orang tua.



Adik


Aca nama panggilan untuk baby aku yang kedua, manja pandai ambil hati, dan kuat makan, suka mencuba, dan sayang papa dia, semua suka kat dia tapi muka dia macam boy sikit, nakal dah semesti nya.... comot macam anak kucing sekarang tengah belajar jalan, asyik2 tergolek, bangun jatuh yang penting kan usaha, aca bukan senang nak kat orang lain selain family aku. Mama kata nanti susah kena culik....



Kegemaran paling ketara sekali nonton tv, kalu cerita IPIN & IPIN tu sampai terngangah. Dah tengok filim pun, anak 2 sekarang tak macam kita dulu2 tahu ikut je mana mak gi di suruh diam ... diam je. tu kan zaman 80 an. Lagi satu kalau denagr muzik pasti menari tapi tak gerak kaki, tangan je yg gerak. Lahir dia macam satu mimpi
penyeri, mimpi yang tak de lagi pd malam hari. Sebab tidur dah kena ganggu. mentang2 jaraknya lebih kurang 5 tahun je dgn Ana.







Monday, April 13, 2009

about me

Nama sebenarku Elliyana umurku 27 thn. aku anak jati Melaka.Bintang aku Sagitarius Aku dah mempunyai 2 orang puteri yang cantik. Aku ni suri rumah tangga sepenuh masa, Nama suamiku Khasil, Anak ku yang pertama Namanya Ewana yang berusia 6 tahun dan yang adik namanya Emilda yang berusia 1 tahun.

Monday, March 30, 2009

kelahiran yang di tunggu


Akak........

aku lahir pada 22 Feb tahun 2003 , mama kata aku lahir di hospital Pantai, lg sikit lg nak lahir kat dalam kereta. Pada pagi tu mama & papa dah siap2 nak bertolak ke Putrajaya ada hal sikit, wan aku dah tegur macam nak bersalin je anak aku nie. mama aku dah pakai baju cantik2 . Pagi tu rupanya air ketuban dan pecah d sebabkan x de pengalaman dia teruskan juga ke PJ tu. waktu tu jam 8.00pg.



Sewaktu dalam kereta air ketuban keluar sikit2 tp perut mama x sakit, atuk aku jalan je. apabila dah keluar highway melaka seremban, tiba di Alor gajah mama pun cakap dah basah dah! kerusi kereta dah locos kena air ketuban. Atuk Long aku kata nak beranak ke? mama kata x sakit pun. Atuk kata "kalau air ketuban pecah paling lama pun 6 jam " mama kata sempat le ke PJ. Atuk lak x sedap hati pusing lah katanya ni anak sulung ni.Dah sampai simpang kePedas .



Apabila Atuk pusing je air ketuban mama ku macam air terjun lajunya sampai je kat tol ayer keroh perut mamaku dah sakit tahan punya tahan sempat pula ambil wan aku kat pasar borong sbb yg ada dlm kereta tu semua nya lelaki tak yahu apa2 .Kami terus ke HPAK . Diaorang memang tunggu aku keluar hehehehe.



Tepat jam 9.06 pg aku keluar dgn nama Ewana Maisarah berat 2.7 k je kecik kan. Semua punya suka sebab aku ni cucu& cicit yang pertama dalam family mama aku.bangga sikit


Adik........

Aku lak anak yg ke 2 nama ku Salsa Emilda best kan, mama kata time lahir kan aku dia sakit giler tu le aku ni nakal sikit dari kakak aku, ni nak mula citer ni dengarkan . Sewaktu mama aku mengandungkan aku semua org cakap baby yg mak aku bawa kat perut ni mesti baby lelaki, sehingga lah aku cukup bulan mengandungkan aku mama sering ke hospital sebab ada masalah tarikh melahirkan aku ada yg kata cepat atau sebaliknya. Masa tu tarikh 18 mac 2008 time tu mama ada temujanji ngan doktor hospital besar, pagi 2 lagi mama aku dah gi ngan papa. check punya check aku d seluk mama aku kata sakit giler time tu, mama aku pulang doktor tu kata '' malam nanti beranak la" tapi dlm hati mama aku hamun doktor tu. Sejak pulang diri hospital, mama sakit perut.rupanya darah dah keluar, kembar darah rupanya patutlah sakit di sebabkan dah serik nak gi jumpa doktor mama tahan sakit sehingga jam 11 malam

Pusing punya pusing, last sekali baru ckp nak gi Hospital, sampai kat sana kira2 jam 12 mlm, time tu kat wat bersalin tu tak le ramai sangat, sakitnya sampai mama hempas perut kat katil kesian huhuhuhuhu tahan sakit nak lahir kan aku. Tahan punya tahan tepat jam 12.15 mlm aku pun lahir. Punya le cun, cun tapi like a boy semua cakap macam tu.
tu le rasa macam tak nak bersalin lagi rasanye cukup kot 2 orang je.....
Dua2 pun koyak sampai jahit sikit sebab angkat punggung....... sampai senget duduk sewaktu dalam hari tapi dak tengok baby tu lahir hilang sakit sikit eheheheheh
Diaorang lah yang membuat hidupku lebih bermakna " MAMA SAYANG KAT PUTERI MAMA".............

Love in My Family

Mama we love you very much



Mama...
Nama mamaku Ramlah, bestkan macam nama artis. Mama ku seorang peniaga. Pandai segala2nya. Dia seorang yang tabah dan berjaya menghidupkan kami berempat. Mama memang sangat sayang kat kami walaupun di tinggalkan dia tetap setia memelihara kami. Berniaga dengar memang lah best tapi penat. Niaga di pasar malam tempatnya mencari rezeki untuk kami. Mama adalah seoramg ibu yang sangat hebat di mata kami. Nie hari ibu dah dekat macam mana nak beli hadiah. fikir-fikir........
Mama..... engkau lah ratu hati ku,


JOm nyanyi"

mama mama engkau ratu hatiku

Bilaku berduka engkau selalu

mama mama engkau lah ratu hatiku




Puisi buat Mama.....Ibu ratu hatiku


Mama,


Engkaulah ratu hatiku,


Meskinpun kita hidup dalam kesusahan,


Kasihmu terhadap anak tidak pernah pudar,


Engkau sentiasa tertawa,


Walaupun jiwamu cukup tersiksa


Papa,


Dimana kamu ketika kami memerlukanmu?


Lupakah kamu akan tanggungjawab,


Sering membuat hati seorang mama menangis perit.......


Mama,


Kau penawar lukaku pengubat sakitku,


Tanggungjawab sebagai mama yang tidak terperi,


Engkau mama ratu hatiku,


penuh ketabahan dan kesabaran,


Itulah mamaku yang paling ku sayangi,


Mama,


Engkaulah yang ku sanjungi,


Mencintaimu sepenuh jiwa raga,


Menghargaimu lebih dari nilai segala intan berlian,


Kehilanganmu tidak akan berganti,


Mama Oh....Mama


Kebahagiaanmu adalah kebahagianku,


Tak akan berkurang sedikit pun kasih sayang ini,


Hanya kau yang ku sayang mamaku,


Kini dan selamanya........


Dari Along.