kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Friday, May 8, 2009

Family Program lagi.......

Dah dua hari kami semua bersetuju untuk celebrate Mother Day hari Ahad nie. Tak sabar-sabar nak tunggu hari Ahad. Semua sepupu aku dah setuju nak sambut Hari Ibu sama-sama. Wah... ada 6 orang ibu dalam keluarga ku termasuklah aku ibu paling muda. kami semua setuju nak sambut kat maklang's house. Hadiah lah yang paling aku tak sabar nak beli. tapi nak beli apa ye....
dalam majlis tu kami dikehendaki bawa makanan yang special yang dimasak sendiri oleh kami, tak boleh beli.... entah apa yang sepupu aku masak harap-harap tak sama. sebab resepi nya pun secrete le .Aku rasa nak masak yang simple iaitu Sup Tulang dan Ayam tonggeng ala Nenek. Air aku nak bawa rebina longan. best gak atau cendol ala nyonya. Hehehe mesti best kami planning makan Nasi putih tu sebabnya kami di suruh masak. Ala sambut pun tengah hari..
Aku saja je nak buat kat rumah maklang supaya aku tak penat nak kemas rumah sebab tu kan sunday, public holiday katakan. Aku sorang je dari sepupu ku yang dah kawin sebab gatal sikit heheheeh party lagi, bestlah macammana aku nak diet ni dah semakin tembam da.....
Harap family party nie the best in my kampung......

Thursday, May 7, 2009

Angah.... apa masalah kau!!

Aku buka blogs Nina, entah lah aku harap tak le seburuk yang aku sangka, apa masalah dia aku harap dia balik minggu ni ayat tu buat aku tanda tanya...... Aku harap dia ok, je dah tahun hadapan nak kawin jauh kan lah sebarang kesulitan ya Allah....

Ngah aku kat kampung doa kan kau yang baik je.... aku nak tahu sebenar.. sapa yang akan cerita kat aku.... Kadang- kadang dugaan orang yang nak kawin ni memang mencabar kau ingat kan ngah masih aku nak kawin dulu dugaan yang timpa aku, mak dan family kita. Tapi orang kata kalau mula-mula dugaan dah datang, pasti kemudian tak de masalah.

Alah risau nya aku apa masalah Angah tu..........Banyak bertawakal dan ingat pada yang berkuasa dia tahu jalan keluarnya.....

Wednesday, May 6, 2009

Pergi SSF, best giler!!


Tadi aku gi bandar Melaka bayar bill je. Aku nampak papan iklan SSF, alamak best nya dah ada kat bandar melaka. Kat jalan Hang Tuah, aku pusing-pusing sampai jumpa rupanya kat bawah Wisma MCA jer.. Aku apa lagi serbu...... Best lah macam-macam ada dari barang rumah sampai barang hantaran. Tema grand giler, aku time tu dengan adik aku. Kami pusing setiap ruang takut terlepas pandang jer...

Kalau bawa mama aku mesti borong bunga kat situ. Punya le cun sampai tak terucap. Harga boleh tahan la......Yang best tu aku nampak pelamin yang mawi & Ekin pakai warna meroon lagi. Aduh adik yang nak kawin kakak boleh jadi gilerrrr. Angah aku doakan impianmu terkabul.....Amin.


Product yang ada kat situ;




  1. Home Decor


  2. Kitchenware


  3. Artifical Flower


  4. Wedding Gifts & Decor
Bila...le sepupu aku ni nak kawin rasanya macam nak shopping je kat SSF tu semuanya ada tak tidur malam aku hehehehe.......... Abang-abang bila nak gi situ lagi....orang lain yang nak kawin aku yang lebih-lebih......

Monday, May 4, 2009

Penat-Penat ......


Ni dah isnin penat bukan main lagi, badan aku ni macam nak roboh. Dah lama tak ada majlis cam nie Hari tu kat rumah aku Angah tunang , sebab lelaki tak de lepanat cam nie. Yang bertunang nie sepupu ku Dila. Cantik juga sepupu aku nie. Dulu masa zaman sekolah, punya le comot je tapi sejak-sejak jadi penari briget Seni ni cun pulak aku tengok. Dulu keras macam jantan je pun leh jadi penari dah rezeki dia.
Majlis tu meriah juga, Masakan kampung tu yang enak ada masak lemak rebung daging salai, Ayam masak merah, Ikan pede goreng dan ikan sepat masin puh punya le sedap menjilat jari, bertambah le sedap makanan tu sebab mama yang masak. Tema dila Tecois silver, cun le juga hantaran tu sebab aku tolong sikit. hehehehehe...... Sementara tunggu orang sebelah datang sempat karaoke live lagi. Pandai juga kamera man(syujak) main gitar. Yang penyanyi nye adik aku boleh ada juge hiburan tak berbayar....
Gelak tawa, usik mengusik sempat juga kita orang sambut ulang tahun wan n pak tam tu orang kata sambil menyelam minum air. Orang sebelah lelaki dari Jasin tema diaorang biru putih, boleh lah cun juga. Nasi sampai tak cukup gabra jap orang kat dapur sampai apa yang di ucap kan oleh tok sidang pun tak sempat nak dengar. Yang best tu kitaorang sempat main siram-siram sikit je... bila le diaorang ni nak kawin.
Lepas nak tunggu tarikh Abang Hairol kawin. dia kata bulan 12, bagi tarikh cepat-cepat aku ni nak tempah tiket ke Tanah Seberang.... melancong MAS kan tengah offer nie. Nie dah tiba nak menimang menantu dulu. Time aku dulu, tak payah le nak rebut-rebut tarikh sebab tak de saingan. Ni Abang, Angah, Dila sape le antara 3 orang ni yang kawin dulu....... tunggu ya....

Monday, April 27, 2009

aniversary ku hari nie


Hari nie hari yang aku tunggu2 setiap tahun Aniversary aku yang ke 7 . Kejam celik je dah tujuh tahun aku kawin ngan suami ku..... Ya Allah kau panjang kan jodoh kami dan murahkan rezeki keluarga kami Amin......

Perbezaan umur yang ketara tak pernah membuatkan aku tak sayang padanya. Aku sangat sayang kat dia. 12 tahun kematangan nya membuat kan aku bangga menjadi isterinya. Yang membuat aku tertarik padanya sifatnya yang pendiam dan jujur tu yang membuatkan aku percaya padanya untuk menjadi teman hidupku....

Dalam masa 7 thn ni aku dpt memiliki 2 cahaya mata @ puteri 2 yang cun melecun sebab mix jawa + melayu minang. Itulah bukti aku sayang kat dia. Nie aku tengah tunggu suprise dia untuk aku. Aku tahu dia memang bukan yang romantik, Aku lak jenis tak kisah asalkan dia sayang kat aku...

Wish dah tapi apa lagi ni dah jam 9 lebih ....... Alah apa2 je yang leh buat kenangan buat tahun ni
Aku keluar jam 10 mlm, nak makan ape mlm2, pergi mkn ikan bakar.... kat muara best gak tapi malam la makan sikit le nanti tambah tembam le.....

Saturday, April 18, 2009

Puteri-puteriku

Umur
Perbezaan umur yang menyebabkan mereka sering berkelahi, berebut dan sampai nangis, aku sampai pening kepala. Tetapi kalau kedua-duanya tidur senyap sunyi rumahku. Barang mainan seorang tukang kemas dan seorang lagi tukang kembur. Bilik tidur macam tongkang pecah.Yang kakak seorang yang sabar juga dengan karenah adiknya. Tapi bab cemburu mesti ada biasalah ...


Kakak


Ana nama panggilan dia seorang yang manja, suka memberontak, kuat cemburu dan suka mencuba perkara yang baru. Ana sangat manja ngan papanya. Mestilah anak yang sulong....... Ana ni study kat Kinergarden Sin Hoe Kat bukit Baru, dari umur 4 thn aku dah hantar dia kat sana..... oklah sekarang dah pandai cakap cina, terjemah apa yang cikgu dia ajar kat dia. Aku tanya kat ana nak sekolah mana tahun hadapan dia kata nak sek cina, nanti aku pikirkan......



Kat situ, ana belajar macam-macam, ada tarian, ana minat seni, suka menari, dia pernah buat persembahan kat majlis DMDI, baru lah aku tahu walaupun dia seorang pemalu, tapi dia ingin mencuba benda baru. Aku sayang kat dia mama selalu marah kat aku sebab tegas sangat kat dia, aku rasa anak sekarang kena tegas sikit kalau tak nanti tak hormat pd orang tua.



Adik


Aca nama panggilan untuk baby aku yang kedua, manja pandai ambil hati, dan kuat makan, suka mencuba, dan sayang papa dia, semua suka kat dia tapi muka dia macam boy sikit, nakal dah semesti nya.... comot macam anak kucing sekarang tengah belajar jalan, asyik2 tergolek, bangun jatuh yang penting kan usaha, aca bukan senang nak kat orang lain selain family aku. Mama kata nanti susah kena culik....



Kegemaran paling ketara sekali nonton tv, kalu cerita IPIN & IPIN tu sampai terngangah. Dah tengok filim pun, anak 2 sekarang tak macam kita dulu2 tahu ikut je mana mak gi di suruh diam ... diam je. tu kan zaman 80 an. Lagi satu kalau denagr muzik pasti menari tapi tak gerak kaki, tangan je yg gerak. Lahir dia macam satu mimpi
penyeri, mimpi yang tak de lagi pd malam hari. Sebab tidur dah kena ganggu. mentang2 jaraknya lebih kurang 5 tahun je dgn Ana.







Monday, April 13, 2009

about me

Nama sebenarku Elliyana umurku 27 thn. aku anak jati Melaka.Bintang aku Sagitarius Aku dah mempunyai 2 orang puteri yang cantik. Aku ni suri rumah tangga sepenuh masa, Nama suamiku Khasil, Anak ku yang pertama Namanya Ewana yang berusia 6 tahun dan yang adik namanya Emilda yang berusia 1 tahun.