kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Tuesday, October 18, 2011

Minggu peperiksaan 2011.....

Dua hari dah berlalu, dalam minggu nie Nana menghadapi peperiksaan akhir tahun , sekejap jer sesi persekolah dah nak tamat.....
Aku  pun start berpuasa sunat untuk Nana , semoga kali ini Nana berjaya lagi....tahun nie dia dilantik menjadi Pengawas Percubaan , suka hati aku , Nana memang anak yang baik cuma biasa lah anak 2 kadangkala degil, bad mood .....sakit juga kepala.
     Kira2nya nak dekat setahun juga aku tak berblog, tak der masa ...fb pun tinggal ..banyak kerja la banyak gambar yang tertinggal yang tak di post kan ....nanti tunggu aku tulis kenangan 2011, mesti banyak gambar. dengan adanya orang baru dalam keluarga besar kami....Baby Ayra ..
      Nanti penutup 2011, aku cerita semua kat blog nie... nak tulis semula lah kat blog rindu upload gambar, luah perasaan ...mesti best....Esok Nana exam BI dan Sains, penting tu aku yang takut kalau Nana peperiksaan, yer lah time kita dulu tak nak belajar bebetul......nie yang fokus kat anak-anak....
 nanti aku sambung balik .....mulai esok aku tulis blog semula......

Tuesday, January 11, 2011

Tahun baru-2011

   Selamat Tahun Baru 2011

Monday, September 27, 2010

wasiat terakhir untuk anak bangsa

DengarLah Anak-Anak Ku.........

Wasiat Terakhir Kata Keramat.
Buat Pedoman Sepanjang Zaman.
dalam Setiap Episod
Jalan,tunggang dan Pandu di jalannan ini.

Sesungguhnya......
Banyak episod Ngeri dan Cerita
duka
Telah menjadi Corak Dalam
Perjalanan ini...
Semuanya itu ilham dari watak
biadap dan rakus
Segelintir dan pengguna
penggunanya...

Tidak ku duga dan Percaya
Budaya Timur yang Kita Agung-agungkan
Bergitu mudah di robek
Oleh kesombongan manusia
Bila memandu dan menungang
Dijalanan ini

Wahai anak-anak ku
Pandang lah dan lihatlah wajahku
Dengarlah bisikan suara
keramatku
Agar kau dapat memilih
kebenaran Yang Sejati

Dengarlah Anak-Anak ku
Sesungguhnya tiada pilihan
buatmu
Janganlah ada di kalangan kalian
Budaya samseng Jalanan
Jadi ikutan....

Hingga sanggup
mempertaruhkan nyawa
Demi mengejar kejuaraan
yang tidak bermoral
Dengan gadis jalanan jadi rebutan

 Untuk menjulang namamu
dipersada Hina
lalu sanggup menconteng
Arang di mukaku
Menjatuhkan maruah bangsa
dan keluarga

Dengarlah Anak-Anakku
Kesilapan Ini Akan Membawa
Padah
Aku merayu kepadamu

Berjanjilah untuk Keselamatan
Di sepanjang perjalan yang
berliku ini
Agar terhindar dari bencana
dan musibah
Semoga nyawa mu dan insan lain
terselamat

Sebar dan sampaikanlah
wasiatku ini....
bersama kita menyokong
dekad keselamatan ini
Semoga Impian Ku untuk melihat
1 Malaysia selamat
Wawasan kita bersama
Akan jadi kenyataan

Nikilan Yazam ,Putrajaya 

Sunday, July 11, 2010

Suara Hati Kecilku

SuaRa HaTi KeCiL Ku,
InGin Ku Luahkan
TaPi Tak TerDaYa
Bila DiTeLan
SaNgAt BerbaHaYa
JiWa MeRaNa SenDiRian

SuaRa HaTi KeCiLku.
KiNi TeRtaNam Di SaNuBari,
SeMaKin ReLa di SiNi

SuaRa Hati KeCiLKu
KiNi MeNdeRiTa DaLam Diam
MeNgHaRap UnTuk Di LuahKan
AgaR HasRat DaPat Di SaluRkan

DaLam MenGeJar SebuAh Ketenangan
KeteNangan JiWa YanG BerpaNjanGan

Nukilan , Azzu

Tuesday, May 25, 2010

angah wedding 160510

Kawen juga angah aku, dapat orang dekat lak tu, moga berbahagia ke akhir hayat, kami harap angah n isterinya di murah kan rezeki, Majlis yang best giler dalam family kami, tema oren putih, memang best lah hari tu, apa yang kami rancang berjalan dengan lancar,.termasuklah majlis penutup kami main siram-siram.

Tuesday, March 16, 2010

140310 wedding lien

130310-aku bikin cup cake untuk lien, eee seronok sekali sekala, kami tidor rumah angah malam tu kat Serdang, tengok cerita lanscar pelangi, best juga, malam tu tidur lambat sikit mmmm tapi selesa.
140310- tarikh ni lien bersanding tema coklat putih, cun lah pengantin nya siap kena ju njung lagi , Best lah kami kat sini doakan moga jodoh hingga ke akhir hayat dan di kurniakan anak yang menimbun-nimbun.

Wednesday, March 10, 2010

hari ni yang menyeronokkan

100310- hari ni aku bikin kek lagi selalunya kek jer tanpa ising, pecah record rasanya dah tujuh tahun tak bikin ising kek, best, juga . dapat juga tenang kan fikiran dan akhir sekali hasil yang baik, mmmm harap- harap ustazah tu suka ngan kek nie simple jer, selalu nya try kat cupe cake jer tak pernah buat kek sebiji, hehehe jadi juga. walaupun tak berapa kemas tapi cantik, hehehe puji diri sendiri jer aku nie, nanti gian lak nak bikin lagi mmmmm mak kata ok.
   walaupun aku sakit kepala hari ni tapi boleh siapkan satu biji kek. Apalah rasanya kek tu.rasanya macam nak potong jer...... tu yang tak boleh tengok, ingatkan nak bikin kan lin satu biji kek coklat, mmm kalau sempat. sekejap jer hehehe. minggu ni aku nak gi Lien  kahwin baju lom ada bila lah nak beli baju kasut, Acik tak balik pula nak memonteng niaga pun tak boleh, nanti fikirkan, nak beli kat mana?

Saturday, February 27, 2010

birth day pink ladies
















270210- hari ni birthday pink lady, sapa lagi kalau tak ct Qyra, kejap jer dah besar, CAntik And Pandai bergaya, kejap jer dah , beli cup cake, elmo and minies mouse, suka si pink ladies,

Present birth dari grandma & pakngah-makcik nina









crocs, pupple
260210- Sudah 4 hari birth Ana berlalu, tahun ni tak banyak dapat present, coz Aku tak bikin kan bithhday party untuk Ana, 2 jer present Ana dapat tahun ni, Aku pun belum sempat belikan apa2 untuk Ana, kesian Ana...............Tapi hadiah pertama dari grandmanya, walaupun kecil Ewana suka sesangat, after that, dapat pula dari pakngahnya kita tengok apa hadiah apa dia dapat. Siap ada tags lagi, cinderella & cat, hadiah grandma Ana bagi cup,pink cantik cute, dan pakngahnya pula bagi crocs, purple lagi thanks grandma& pakngah Ana. Ana sayang kat semua. Dan Ode pula dah bagi present set pembelajaran computer iaitu 'score A,' Best banyak latihan, atau best pegang lattop mama. budak2 zaman sekarang semuanya IT.

Sunday, February 21, 2010

hari ni birthday Ewana










220210- tarikh nie lah aku dapat rasa jadi seorang ibu sekejap jer masa berlalu, Ana dah tujuh tahu,sekejap jer masa berjalan, Ana dah sekolah, dan membesar depan mata aku, Ewana Maisarah, mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 7. Ingatkan nak bikin cup cake sendiri, Tapi tak sempat sibuk jer baik ada Syira, penyelamat ku. Cantik Giler cup cake tu, wallah muahhh........ Sayang kat Ana,
Pagi-pagi pagi-pagi lagi aku dah prepare nak masak nasi ayam, dah lama nak masak nasi ayam, makan nasi ayam orang lain tak best. Aku suruh Syirah buat cup cake tu untuk bagi kat kawan-kawan sekolah Ewana, Ustazah dia teruja tengok cup cake tu tunggu yer syira nanti cikgu tu mesti tanya kat mana beli, bisnes...hehehehe
Ucapan untuk Ana,
SALAM SAYANG MAMA BUAT ANA,
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG,
MOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI,
BELAJAR RAJIN-RAJIN DAN JADI ANAK YANG BAIK,
WALAUPUN MAMA SERING MARAH AKAN KAKAK, MAMA SANGAT SAYANGKAN KAKAK,
SEMOGA KAKAK BERJAYA DI MASA AKAN DATANG, DAN DI BERKATI OLEH ALLLAH SWT
AMIN........

Wednesday, February 17, 2010

kenangan tinggal kenangan




170210- Dah 2 hari kami ramai-ramai robohkan rumah lama yang ada kat depan rumah aku ni, Rumah tu lebih kurang dah 15 tahun di tinggal kan, Akhir nya murah rezeki aku dapat juga bayarkan bahagian Arwah Atuk tu, mungkin tak lama lagi insyaallah jadilah milik aku, Rumah ni betul depan rumah aku, mmmm macam-macam aku dengar pasal rumah kosong ni tapi alhamdulillah aku sekeluarga tak pernah kena apa-apa yang tak baik dari rumah ni. Biasalah rumah kosong pasti ada jer yang anggap buruk, yang penting pangkal hati.
Aku ingat lagi time kecil-kecil dahulu, aku sering bermain kat situ, ada atuk, dah nak satu tahun setengah Atuk pergi meninggalkan kami, hanya kenangan yang tinggal kat rumah buruk. Asyik cerita pasal rumah tu jer......cerita lain pula
Hari last day Ana cuti chinese New Year, besok nak kena bangun seawal pagi lagi, rutin aku dah bermula kembali, main puas-puas, malam ni dah kena tidur awal.

Monday, February 15, 2010

lagi seminggu birthday ana

220210- lagi seminggu lagi kakak dah 7 tahun, dah besaranak mama, tahun nie dah tak boleh sambut besar-besaran, dah sekolah tapi mama tetap sambut don't worry..... sayang
Prepare..
1. beli barang nak bikin cup cake
2. Order cake ngan raha(my friend)
3. hari minggu bikin cup cake buat Ana's friend.
4. tengah fikir nak sambut kat mana?
5. hadiah.....
6. bugget itu yang penting hehehehe
Walaupun sederhana mesti best, mama sayang kat kakak

Wednesday, December 30, 2009

311209 tarikh yang paling penting buat kami

Pagi-pagi lagi Ana dah bangun, kalau tak kejut banyak kali pun belum tentu bangun, hari ni hari pertama dalam hidupnya memakai pakain seragam sekolah, pendaftaran pukul 8.30 pagi tapi pukul 6.30 dah siap nak ke sekolah. Anak jiran aku pun sibuk nak ikut supaya boleh teman Ana. Dengan berpakaian pinafor, aku berfikir 'dah besar anak aku' maknanya dah semakin tua aku ni, hehehehehe. Pagi tu aku sempat buat sarapan pagi yang ringan-ringan jer. dan buat bekal untuk ke sekolah nanti.
7.40pg, kami pun bertolak ke sekolah, ala dekat jer, SRK Jalan Datuk Palembang jer, beberapa minit dah sampai, kami terus ke dewan, dan mengambil tempat yang disediakan, hai banyak kenangan aku di sekolah ni, Ucapan guru besar melewatkan waktu, bebel punya bebel dah selesai, gi daftar kat class pula, Ana pula di bawa pusing-pusing oleh guru bertugas. tengok -tengok jam dah pukul 10.35 pg. Aku tengok Ana besar juga orang nya kawan-kawan sekelasnya kecil2 jer, mana tak besar saiz kaki pun 11/ 33, Aku nagn Abg pun kaki kecil jer.
11.00pg. pop pap dah nak balik jap jer rasa, time tu aku dapat jumpa guru lama aku dah naik pangkat dah jadi guru GPK1 lagi, time aku dulu guru mate jer. bagus 2 ada semangat juang majukan anak bangsa.
Ana start sekolah 040110, mmmm tarikh ni aku mesti sibuk....tunggu
lepas sampai jer kat rumah Angah lak telpon dah ok katanya tengok gambar katFB ok jer boleh makan lagi maknanya ok le, buat angah moga cepat sembuh SELAMAT TAHUN BARU, AZAM BARU,.................SELAMAT DATANG TAHUN 2010

Friday, December 25, 2009

191209 majlis perkahwinan Nisa & Alwi

Pada tarikh 191209 family kami pergi Cheras, kuala lumpur. kali ni anak pak teh pula yang kahwin tema warna unggu, memang mengancam kami anak beranak pun apalagi berunggu lah, walaupun hujan majlis tetap meriah dengan kugiran,
walaupun katering bikin hal pada majlis tu, tapi kami tetap bersemangat membantu meraikan majlis tu, Ada ke patut pukul 12 tgh, baru mereka datang terhegeh-hegeh, dengan dugaan hujan lagi, Tapi bapa dan ibu penganti tetap senyum lebar.
Aku satu family berkampung jap kat rumah pak teh,mmmm nak meramaikan majlis dan yang paling best sekali akhir sekali kami dapat menunaikan hajat terbesar bapa pengantin dengan main siram-siram, terlopong orang KL tengok gelagat kami main siram-siram, kalau nak tahu seronok ke tak cari jodoh orang melaka pasti ada adat main siram-siram nie.

kenangan tahun 2009






Lagi beberapa hari lagi kita semua nak melangkah tahun 2010, kenangan 2009 masih segar di ingatan, tahun ni Aku banyak kenangan manis pahit, kalau nak di terjemahkan tak terkira nanti kita kenang kembali bila ter kenang kisah lama. Terasa umur semakin meningkat. belum tua tapi melangkah demi langkah kita mesti kehadapan, anak-anak semakin bertambah, keluarga semakin membesar, Kita ada lima hari lagi berfikir apa yang patut kita lakukan untuk Azam tahun baru nanti

Tuesday, December 8, 2009

dah selesai majlis rumah maklang........

dah dua hari majlis rumah maklang selesai, ahhh penatnya teramat lah sangat, tapi yang paling best tu sewaktu main siram-siram, hilang lah 40% penat bila main siram-siram. Selamat pengantin Baru buat abang and Ani,
Lepasnie rumah pak teh pula kat Cheras, KL , lagi dua minggu, nak main siram-siram. dah Gian hehehe, best bila berkumpul ramai- ramai terkenang pada waktu bawah umur dulu-dulu, masa kecil-kecil dulu.

Wednesday, December 2, 2009

sementara menunggu tarikh 061209

macam -macam lagi tak sampai tarikh keramat tu semua nya tak cukup, esok ada kerja lagi, bersedialah tapai pula, nasib baik aku niaga, kalau tak aduh macam nak roboh badan aku. 12 gantang tu bersedialah sapa yang buat nya

dah selesai.........


tepat jam 4 petang kami semua selesai buat kek cuma nak pergi bakar jer. sewaktu kami tengah buat kerja hujan pun turun,lebat giler. Abislah kek kami.........



dengan semangat kami kacau pakai tangan jer. mmmmm yummm sedap bila dah masak.

Tuesday, December 1, 2009

bulan yang best sekali


Menghitung hari, detik demi detik , bulan nie paling best dalam segala bulan , coz 85% dari semua sepupu ku lahir bulan 12, nanti kejap-kejap makan kek , mmm mmm yuumm. dan aku punya birth day pun bulan nie juga, apa hadiah yang bakal menanti hehehe.. ....... tak terbayang pun agak-agak nak minta apa ye?cuti-cuti malaysia boleh juga, tapi nak gi mana musim hujan nie.....

hari nie ada projek baik punya

kami hari nie nak gi rumah mak lang nak buat kek untuk majlis nanti, bab kek nie aku memang suka, buat kek ramai-ramai mesti bestkan, nanti malam kang aku post kan photo nya tau tunggu.............