kisah kami

kami satu keluarga yang kecil macam-macam ragam, gaya, setiap dugaan di tempoh bersama ,tiada rahsia, berdoa supaya jiwa kami tetap bersatu sehingga maut memisahkan kami. Amin.......

Search This Blog

Thursday, July 30, 2009

minggu yang memenatkan.....

Dah 2 hari aku tidur tak lelap, inilah dugaan kalau jadi ibu, time anak sakit tu lah tidur tak lelap, dugaan-dugaan.

Wednesday, July 29, 2009

Aca & Ana demam lagi......

Kedua-dua puteriku kena flu lagi, cepat-cepat pergi bawa pergi doktor pakar takut-takut juga H1N1..... jauhilah ya Allah. Semalaman Aku tak tidur, sebab Aca mengamuk tak boleh tidur selsema, kesiannya. Tapi mama ku kata, nampak sakit tapi mulutnya membebel jer.
Perkataan yang sering di sebut Aca...
1. Papa....., itu yang paling jelas sekali, kalau abang balik, Aca lah orang yang pertama sambut Abg pulang...tersenyum laki aku...
2. Mama..., itu dah pasti, apa saja yang nak di ambil itu perkataan yang dipanggilnya
3. wan itu panggilan untuk ibuku, tapi bunyinya bukan wan tapi waa...
4. Ode tu pulak panggilan adik perempuan ku, tapi bunyinya Oooo je de nya tak bunyi.
5. Kakak....
6. Nek....
7. Air...

dah pulang dari klinik baru lega sikit hati aku, tak fikir yang buruk-buruk/negative.

Sunday, July 26, 2009

sana kenduri kahwin sini kenduri kahwin.....

Bulan depan dah nak puasa, Hari nie lak tengok berita Jasmin Ahmad meninggal dunia, semoga tuhan berkati segala amalan nya di dunia dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. sambung balik.... lagi-lagi kenduri kahwin tiap-tiap minggu aduh!!!! kepala sakit dah bermula pesta perkahwinan sepupuku. minggu nie aku kena mengadap anak mak ngah kahwin, Aku niaga cuti lagi......

Mulai dari hari ni aku ada 6 hari buat fikir nak kasi hadiah apa buat Abg. birthday laki aku dah sampai....hua...hua ... duit lom cukup nak beli hadiah......Dia kata nak jam tangan baru nanti aku fikirkan ye Abg......

Tentang puasa lak, baju raya tahun ni tak de orang nak jahit , Aku kena beli baju baru yang dah siap jahit, tkg jahit aku mogok tak mahu jahit baju.... Kak ooooo Kak apasal tak nak jahit baju!!!!!! Kenalah cari butik yang ada baju sedondon.... tahun ni nak colour

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah Aca dah sihat.....

Dah lama aku tak tengok blog ni... dapat juga mengadap walaupun sekejap......
Aku rasa senang hati bila lihat Aca dah mau makan ,bermain ,ketawa. Lapan hari dia sakit, kena sakit kuku,kaki,tangan, dan mulut tapi tak teruk sampai kena tahan hospital,tapi 3 hari tak boleh makan kesian Aca, minum pun paksa, 4 hari aku tak tidur, macam nak pengsan, mungkin dugaan.....
Haa hari ni Aca dah boleh bergurau, makan ayam lagi, kalau tidak buka mulut pun tak mahu. Hati aku lega sangat. Badan dia turun dah tak de drumstick lagi, pipi pun turun, Aca dah OKlah....

Sunday, June 14, 2009

Aku dah pulang!


ni aku


ni Aca

ni Ana




ni papa n Ana
kat LCCT

Hai assalamualaikum Malaysia/Melaka/Bukit pulau dan jiran-jiran aku yang merindui kami sekeluarga. Aku sampai Msia malam tadi jam 2.30 pg, sampai rumah le. Alahai penat giler badan aku macam nak tercabut, tapi cuti sekolah yang seronok untuk anak-anak ku. Aku pun apa lagi shopping........ ni aku nak cerita....... 11 hari yang lalu...

04/06/09 Khamis

Aku sampai ke Surabaya, Jawa Timur.Aku naik flight jam 10.30pg, Air Asia, 2 jam je dah sampai Lapangan Terbang Juanda,Surabaya. dari Airport aku terus ambil teksi balik kampung halaman suami ku iaitu Bandar Kediri, Kota Gudang Garam tu..Petang kami sampai la kami kat kampung.Anak-anak ku seronoknya jumpa neneknya. Malam tu kami istirehat dulu, sebelum ke majlis Perkahwinan anak Pak li. Walaupun pada malam tu ada Rewang tapi aku tak joing penatttt.... Esoknya....

05/06/09 Jumaat


ni pelaminnya




Pagi-pagi aku dah bangun, yang best kat sini, cuaca waktu pagi masih ada embun dan kabus pagi kat rumah aku dah tak de dah... Aku nyuci baju, sebab lepas ni nak gi orang kahwin, pergi pasarlah, kat sini semua makcik2 semuanya ngomong jawa. jadi aku kena bawa tukang trangselit sapa lagi kalau bukan suami aku. Semua murah! Kalau bawa 20000 pun dapat macam2. Cuma kat sini tak de ikan laut. Tak bleh aku masak asam. Balik dari pasar aku masak yang ringkas je untuk anak2 dara aku yang comel nanti kebulur pulak!. Sebab majlis kahwin tu jam 2.00 petang.

ni pengantinnya lutfiana
sewaktu tunggu untuk nikah













Mencipta nama ceh! wah aku pun tolong lah kat majlis tu macam rumah aku sendiri walaupun tak tahu cakap jawa, tapi aku tahu apa diaorang cakap, kalau ngumpat tahu le hehehe. diorang ingat orang msia tak tahu buat kerja, semua tengangah tengok aku layan tetamu tanpa kekok, jgn takut aku menaikkkan nama rakyat msia, suka abang aku semua puji isteri dia rajin, aku bantu sampai magrib baru kami balik.





majlis malam persandingan









malam tu ada lagi, kalau kat sini majlis berinai besar, Aku dapat tengok adat2 orang kat sini.Sampai anak aku merengek nak balik dah letih.Pengantin belum balik kami balik dulu ye....
Tidur... Ahh letih giler......


06/06/09 Sabtu

Abang sewa kereta, nak gi orang sebelah.... jam 3.00 petang. hari ni aku malas nak masak apa lagi makan kat luarlah sarapan yang memberatkan. tak de roti canai, nasi lemak semuanya sarapan yang ada kat msia ni. Aku beli bakso buat sarapan pagi...
Jam 3 ptg aku siap2 nak ke Rumah Pengantin Lelaki. Petang baru kami pulang ..... rehat malam tu kan malam minggu. ronda2 bandar Kediri. Macam bandar Melaka je. blum boleh shopping belum tukaran wang lagi......jalan je abang kata! Ok yang penting puteri aku suka sangat. pada hari tu.


07/06/09 Ahad








Pagi-pagi lagi aku dah bangun, nak pergi swimming, tapi aku tak mandi punyala sejuk walaupun swimming pool je. Lepas tu kami makan kat Rumah Mkan yang berdekatan oklah kenyang sampai malam. Petang kami sempat pergi rumah pekerja kami yang pulang bercuti di TulungAgung. Dapat lihat gunung dan kampung kecil yang tanpa pencemaran.







ni sewaktu pulang dari berenang
08/06/09 Isnin





Hari tu hujan turun jadi kami tak jalan pergi mana2 duduk rumah, nonton tv, pergi pasar beli lauk, wawawa hari yang sikit membosankan. Malam aku gi ajak abg gi makan satay. Satay kat sini memang best giler, kalau tak caya cubalah makan satay kalau ke indonesia.






09/06/09 Selasa






Jalan2 lagi, kali ni aku naik motor dengan abg je pergi Bandar kediri Ana tak mahu ikut kata nya nanti penat dapatlah aku shopping sikit. Alah lebih kurang macam bandar Melaka jer. Tapi bezanya harga barangan je. Shopping-Shopping........ Aca OK je tak masalah kalau bab jalan nie. Hari yang seronok, dapat beli banyak barang.......

10/06/09 Rabu
Duduk rumah, kemas rumah mak mertua aku la apa lagi senang sikit mata aku ni, biasalah rumah orang tua mana larat nak berkemas, petang tu aku gi pasar untuk beli barang buat kenduri org yang buat pengajian di rumah mak mertua ku. Kali ni Abg. suruh aku masak, boleh lah setakat kenduri kecil2lan.

11/06/09 Khamis
Pagi-pagi lagi aku dah masak, sebab Menunya Rendang Daging, Ayam masak lemak Padang, Goreng sayur campur, yang mencabar tu masak pakai dapur kayu tu , bagai nak tercabut biji mata aku kena asap, majlis berjalan dengan lancar lauk pun habis.....

Waktu petang aku satu family sempat meluang kan masa untuk ke Kubur bapa mertua ku. Penduduk kat sini kalau petang jumaat pasti ke kubur, bacaan yassin, sedekah Al fatihah ramai macam hari raya. Berkat hidup merekakan. Kalau di Msia Hari raya je baru nak pergi kubur.....

12/06/09 Jumaat

Hari ni aku kena masak pagi- pagi, sebab jam 2 aku nak ke saloon luruskan rambut. Ni jer aku dapat balik kampung kali ni, Rebonding kat sini murah Seratus ringgit pun tak habis hasilnya sungguh memuaskan.

13/06/09 Sabtu

Hari Abang ajak aku jalan2 naik angkut/angkol jalan di bandar kediri lagi, pagi2 aku dah siap-siap hari yang menyeronokkan nak beli ole-ole untuk semua kat msia. Sampai petang baru pulang. Malam kami cari makanan indonesia yang belum kami makan, Nasi bebek, Pangsit Ayam, Satay, Ayam Bakar, Lhodo, p. Aku pasti rindu lagi dengan masakan Indonesia. Kalau ada rejeki tahun hadapan pulang kampung lagi hehehehhe......

14/ 06/09 Ahad

Tiket kami hari ni malam pula Air Asia tangguh/ tunda jam 8 indonesia, lambatlah kami sampai, paling2 jam 11 msia, pagi tu aku dah siap packing nanti takut 2 ada barang yang tertinggal. Sewaktu datang hanya 2 beg. balik 4 beg, Apa yang aku beli pun aku tak tahu. habis juga RM 2000 duit buang-buang. Selamat tinggal Indonesia,... Aku pasti kembali......

Dalam perjalan balik traffik jam, lambat sikit yang pasti aku dapat sit yang tengah2 kat kepak pula dah le Aca kena mabok, muntah dalam kapal, Aku balik kena mabok, nasib baik kat rumah kalau tidak abis le aku........Angah dah tunggu di LCCT, jam 3 pagi baru le aku sampai kat rumah......Selamat datang ke malaysia. Ewana ponteng lagi sebab penat sangat......

Monday, June 1, 2009

Cuti Sekolah......Holidayy..Jalan-jalan Cari Makan

Dah lama tak create blog, cuti sekolah sedang berlalu, dah 2 hari Ana cuti, perkara yang paling memanjatkan, minggu ni.... Abang ajak balik kampung. Ala.... Abang kata cuti sekolah bulan 12, tapi disebabkan ramai sangat yang nak kahwin bulan tu aku kena lah balik cuti ni. Waaa.... duit tak de nanti tak leh shooping........macam lagi nak pikir, ole-ole lagi apasal sepupu Abang kahwin bulan ni aku tak de duit.....



Mungkin petang nie gi beli tiket, harap-harap naik MAS le naik Air Asia tak best la.... aku gembira le dapat jalan-jalan tapi seminggu je mesti tak sempat nak shooping kat Surabaya n Jakarta. Abang suka buat keputusan macam nie Abang.............aku tahu Abang rindu kat mak nya Ok aku ikut jer.....

Kali ni aku aku balik 4 orang je, mama tak ikut. Dia kata angah nak kahwin nak simpan duit. Aku tak tahu nak bawa apa. Ole-ole buat ibu mertuaku dari menantu mithali nie. Aku tak risau sangat baby Aca dah jalan ok le tak penat sangat. Ana le paling gembira sekali kalau sebut jer Balik Kampung Ooooo....

Aku blum packing lagi...hahahaha....wawawwawa.....

Monday, May 18, 2009

dapat juga resepi nie....

Dah 2 minggu aku tunggu makcik yang buat kek kat pasar tu. Dia baru datang semalam, resepinya simple aku pasti akan cuba nie aku kongsi pada sapa-sapa je yang nak cuba tapi memang best.

Kek Marble

Bahan-bahan

  • 5 bj telur (Gred B) kalau kecil 6 bj
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tsp esen vanila
  • 2 tsp Ros/Tak kisah
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 1/2 planta
  • 11/2 gula halus.

Cara-caranya

Gula dan planta dipukulsehingga kembang, Masukkan telur satu persatu, Masukan esen, dan susu pekat,dan masukan tepung yang telah diayak. dan bakar didalam oven.

Aku akan cuba mungkin untuk beri pada guru Ana,sempena hari guru hari Jumaat nie, kena beli hadiah lagi. Malam ni aku nak ajak Abang gi tengok-tengok mana yang sesuai untuk bagi kat cikgu-cikgu Ana.

Selamat Hari Guru!!!

Ucapan ni buat semua guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika sehingga sekolah menengah, moga-moga semua guru yang pernah mengajar aku dulu dah naik pangkat, murah rezeki dan pada yang dah pencen tu harap-harap dapat mengisi masa lapang dengan family tersayang. Segala ilmu yang cikgu pernah ajar kepada kami akan kami semat didada. dan semua guru yang mengajar anak aku terima kasih aku ucapkan. TERIMA KASIH!!!!!!